Monday, January 16, 2012

Brengset

dari mana aku menemui perkataan brengset ni
mungkin dari drama2 di tv yang brengset
ataupun terdengar perbulan rakan2
tapi itu bukanlah persoalan sekarang
perkataan bangang ini mula bermain di otak aku
pabila ada seorang brader kereta sebelah
tiba2 menanyakan soalan kepada ku
sangat brengset bila dia mengacukan soalan
di kala makhluk kaki satu bermata tiga
sedang menunjukkan mata hijau nya

"bro, tang mana nak jalan nak pi aloq setaq,
tapi cek tak mau ikut highway, mahai"

tapi, aku juga sangat brengset kerana
dengan malasnya aku menjawab

"hang jalan teghuih je,
itulah jalan kebenaran hang"

sebabkan aku tak nak kena hentak dengan brader tu
aku menekan laju pedal minyak
sambil menggunakan gear satu sejauh 20 meter
cuak jugak bila jawab kuajaq cam tu, hahahaha

1 comments:

cik maisharah said...

hhaaa..gelak aku baca.sempoi r jawapan ang..aku like!